Program Kasih Ikhlas AAT (P. K.I  . A) ini sebelumnya dikenali sebagai Program Infak Insaniah .Program ini bermula dari tahun 2009 lagi, namun tidaklah begitu berkesan . Kebanyakkan adalah fokus dalam menyalurkan bahan ilmiah yang telah disumbang oleh pelanggan melalui pembelian mereka dan dikhaskan bagi institusi yang memohon .


Bermula awalan 2018, sebagai pemulaan Syarikat Ade Azhar Trading menerima banyak perkongsian dari tempat – tempat yang selama ini disalurkan memberitahu bahawa masih banyak lagi institusi, maahad, sekolah, pondok, madrasah, serta rumah rumah kebajikan yang kekurangan dari sumber bahan ilmiah serta ada juga yang kekurangan dana pebelanjaan .


Dari situ bermulalah program ini, menjadi sebagai pemegang amanah pelanggan yang membeli dan mewakafkan untuk kami menyampaikan sumbangan ini kepada tempat – tempat yang dipilih dan juga yang memohon . Namun begitu dengan pertimbangan sebaiknya, syarikat secara peribadi terpanggil bagi menyalurkan sumbangan serta barangan dapur sebagai bantuan untuk mengurangkan bebanan pihak –pihak tertentu .


Namun begitu, P. K. I . A mengharapkan sokongan dari mana – mana individu memberikan kerjasama yang jitu dengan menyokong hasil kerja murni ini bagi golongan yang memerlukan mendapatkan yang selayaknya dari bermula bahan ilmiah yang berkualiti dan juga infrastruktur yang dapat memberikan keselesaan mereka sebagai golongan yang dikenali sebagai asnaf.


Wakil –Wakil Yang Berkerjasama Dalam PROGRAM KASIH IKHLAS AAT


Program Kasih Ikhlas AAT (P. K. I.  A) ini turut dibantu oleh beberapa wakil perlaksana yang dilantik demi memberikan impak yang positif untuk lebih ramai orang awam mengetahui tujuan sebenar yang dilakukan oleh program ini .


Wakil – wakil yang turut bersama Program Kasih Ikhlas AAT ini ialah: 


- ADE AZHAR TRADING SDN BHD

- PHM UNITY DISTRIBUTOR

- AMJAD DISTRIBUTOR

- ALWAN DISTRIBUTOR

- NAZ LEGACY

- TSUNAMI EAGLE