Ade Azhar Trading Sdn. Bhd.

Ade Azhar Ismail merupakan anak jati Negeri Perak. Beliau mula berkecimpung dalam penjualan buku sejak dari tahun 2006. Beliau melihat potensi diri untuk membina perniagaan ini dan mengambil peluang untuk membuktikan pada orang ramai bahawa membuat jualan secara ‘Face to Face’ juga mampu menghasilkan keputusan yang cemerlang jika diberikan fokus dan konsisten.


Beliau juga amat menitik beratkan fasa menjadi pengurus dalam membina sesebuah pasukan. Peluang ini tidak mudah untuk diperolehi dan beliau percaya usaha ini boleh menarik minat anak muda untuk menjadi usahawan berjaya.


Dakwah yang dibawa adalah menyebarkan pembelajaran melalui buku-buku islamik yang diedarkan secara ekslusif dan tidak terdapat di kedai-kedai buku. Paling utama adalah sokongan kepada pembelajaran bagi memastikan pelanggan mendapat impak positif apabila berurusan dengan Ade Azhar Trading.