Tentang Kami

Kasih Ikhlas AAT

Siapa Kami?

Program Kasih Ikhlas AAT (P.K.I.A) ini sebelumnya dikenali sebagai Program Infak Insaniah

Program ini bermula dari tahun 2009 lagi, namun tidaklah begitu berkesan . Kebanyakkan adalah fokus dalam menyalurkan bahan ilmiah yang telah disumbang oleh pelanggan melalui pembelian mereka dan dikhaskan bagi institusi yang memohon .

Program Kasih Ikhlas AAT (P.K.I.A) diwakili oleh Tuan Mohd Khushairi bin Abdul Khalid.

Penaung Program Kasih Ikhlas AAT yang merangkap jawatan sama CHIEF OF MARKETING (C. M. O ) di Syarikat Ade Azhar Trading dan merupakan insan yang paling bertanggungjawab diatas pengurusan program ini.

Konsep Program

Program Beli dan Hibah

Bermula awalan 2018, sebagai pemulaan Syarikat Ade Azhar Trading menerima banyak perkongsian dari tempat – tempat yang selama ini disalurkan memberitahu bahawa masih banyak lagi institusi, maahad, sekolah, pondok, madrasah, serta rumah rumah kebajikan yang kekurangan dari sumber bahan ilmiah serta ada juga yang kekurangan dana pebelanjaan .

Dari situ bermulalah program ini, menjadi sebagai pemegang amanah pelanggan yang membeli dan mewakafkan untuk kami menyampaikan sumbangan ini kepada tempat – tempat yang dipilih dan juga yang memohon . Namun begitu dengan pertimbangan sebaiknya, syarikat secara peribadi terpanggil bagi menyalurkan sumbangan serta barangan dapur sebagai bantuan untuk mengurangkan bebanan pihak –pihak tertentu .

Namun begitu, P. K. I . A mengharapkan sokongan dari mana – mana individu memberikan kerjasama yang jitu dengan menyokong hasil kerja murni ini bagi golongan yang memerlukan mendapatkan yang selayaknya dari bermula bahan ilmiah yang berkualiti dan juga infrastruktur yang dapat memberikan keselesaan mereka sebagai golongan yang dikenali sebagai asnaf.

01.

— Rukun Wakaf

1. Orang yang mewakafkan.
2. Pihak yang menerima wakaf.
3. Benda yang diwakafkan.
4. Suratan yang berkenaan dengan wakaf termasuk wasiat (juga dikenali dengan sighah wakaf.)
02.

— Maksud Wakaf

Dari sudut bahasa :

Al Waqf bermaksud harta yang diwakafkan.
Al Habs bermakna harta itu ditahan.
Al Mana’ bermaksud dihalang
03.

— Jenis Wakaf

Wakaf terbahagi kepada 2 iaitu :

1. WAKAF AHLI (Wakaf Keluarga)
Wakaf ini dikhususkan manfaatnya kepada ahli keluarga yang telah ditentukan oleh pewakaf.

2. WAKAF KHAIRI (Wakaf Kebajikan) Wakaf ini terbahagi kepada wakaf am dan wakaf khas.

Kerjasama

Permohonan Wakaf

Pihak Ade Azhar Trading Sdn Bhd di bawah program Kasih Ikhlas AAT membuka peluang kepada mana-mana institusi pendidikan, masjid / surau atau rumah kebajikan yang memerlukan sumbangan wakaf Al – Quran, boleh mengisi borang permohonan berikut.

Pertanyaan lanjut, sila hubungi kami

Permohonan yang berjaya akan dihubungi oleh Pegawai Perkhidmatan sosial Ade Azhar Trading Sdn Bhd melalui email atau telefon.Kami amat mengalu-alukan anda untuk berkongsi info ini kepada pihak-pihak yang memerlukan sumbangan wakaf al-Quran.

Shopping Cart
ms_MYMS