INFO

SEJARAH PENUBUHAN

Bermula dengan perniagaan ‘Enterprise’ iaitu AD STAR DISTRIBUTOR yang bermula di Ipoh, Perak dan akhirnya bertapak di Shah Alam pada tahun 2009. Mempunyai seramai 60 orang ahli pasukan tahun 2014 masih berstatus Enterprise namun perkembangan pasukan bertambah dan mencecah kira-kira seramai 300 orang kesemuanya.

 

Perkembangan pada tahun 2015 begitu pesat sehinggakan dipecah dua buah pasukan keluar dari Shah Alam. Pasukan pertama membuat roadtrip di Perlis dan sebuah lagi pasukan ke Negeri Pahang. Pasukan di Pahang terus berkembang dan membentuk sebuah pasukan yang besar dan pada tahun yang sama penukaran status ‘Enterprise’ menjadi sebuah perniagaan berstatus syarikat Trading Sdn.Bhd. pada 20 Julai 2015. Pada tahun yang sama sekali lagi sejarah kejayaan dicipta dengan pembukaan sebuah anak cawangan di Sungai Isap Jaya, Kuantan sebaga pusat pengurusan regional pantai timur.

 

Pada tahun 2016, pembinaan pasukan semakin meluas sehinggakan dua tim besar di pecah perintah keluar membawa pasukan roadtrip menjelajahi Malaysia dan sebuah pasukan lagi menguasai roadtrip di Negeri Johor Darul Takzim. Pasukan Malaysia menjadi dan mencapai seramai 48 orang sewaktu itu dengan hanya mengadakan roadtrip satu negeri ke satu negeri dan menyumbangkan jualan. Sama juga pasukan di Negeri Johor berjaya memberikan hasil yang memberangsangkan sehingga sekali lagi lahirnya arak cawangan kedua di Nusajaya, Johor Bahru.

Pada tahun 2017, pasukan banyak berwajah baru dan masih kawalan tenaga ahli pasukan masih terkawal dan melahirkan sebuah pasukan percubaan untuk ke Negeri Sabah dan berjaya menghasilkan cawangan seterusnya di Negeri Sabah.

 

Pada tahun 2018, beberapa pecahan dilakukan dan  embahagian cawangan diwujudkan mengikut division produk-produk tertentu.

 

Pada tahun 2019, bermula fasa rekrut ahli pasukan baru demi mencapai target rekrutment seramai 100 orang ahli pasukan dalam tempoh setahun dan mencapai target jualan sebanyak RM 15.,600,000.00 dalam tempoh masa 1 tahun.

 

Pada tahun 2020, walaupun berlakunya serangan COVID-19. Bisnes syarikat ini tidak lumpuh dan hanya berlaku keruntuhan dari kekurangan orang. Namun selepas melepasi fasa PKP yang pertama, syarikat berjaya menambahkan cabang platform baru iaitu pasukan jualan online yang bermula dari 4 orang dan kini mencapai 56 orang dan mengekalkan staff dalaman dan jualan sedia ada.