Pendapat 5 Cendekiawan Barat Mengenai Al-Quran

Umum tahu bahawa Barat sangat membenci Al-Quran yang mana menjadi pegangan kepada umat Islam di seluruh dunia. Ia dikatakan senaskah buku yang direka oleh Nabi Muhammad S.A.W untuk memperdayakan umat manusia.

 

Namun dalam keegoan mereka untuk mengiktiraf Al-Quran sebagai wahyu dari ilahi, terdapat ramai juga cendekiawan barat bersetuju bahawa kitab ini adalah benar. Disini kami ingin berkongsi 5 pendapat cendekiawan barat mengenai kitab suci ini.

 

1. Dr. Maurice Bucaille

 

Beliau adalah penulis dan ahli Persatuan Perancis dalam Ilmu Pengetahuan Mesir. “Pemeriksaan yang sangat objektif terhadap Al-Quran berdasarkan pengetahuan moden membawa kita untuk mengiktiraf perjanjian di antara kedua-duanya, sepertimana yang disebutkan berulang kali. Ia membuatkan kita beranggapan bahawa tidak mungkin bagi seseorang yang wujud pada zaman Muhammad untuk mengarangnya, berdasarkan pengetahuan pada zaman itu.

 

Pertimbangan ini meletakkan wahyu dalam Al-Quran di tempat yang unik, dan memaksa para saintis yang tidak mempercayainya untuk mengakui ketidakmampuan mereka dan kegagalan penjelasan semata-mata berdasarkan pertimbangan materialistik.  

 

 

2. Johann Wolfgang von Goethe

 

Johann adalah seorang penulis dan negarawan Jerman. Walau sejijik mana pun setiap kali kita padanya (Al-Quran), ia kemudiannya perlahan-lahan menjadi menarik, mengejutkan dan akhirnya menguatkan rasa hormat kita terhadapnya. Gayanya selaras dengan kandungannya dan matlamatnya amat tegas, besar dan begitu indah.

 

Disebabkan itu, buku ini akan terus menjadi pegangan kepada semua lapisan umur dan menjadi pengaruh paling kuat.  

 

3. Professor Emeritus Dr. T.V.N. (Vid) Persaud

 

 

Beliau adalah seorang Profesor Anatomi, Profesor Pediaktrik dan Kesihatan Kanak-Kanak dan Profesor Obstetrik, Ginekologi dan Sains Reproduktif di Universiti Manitoba di Kanada.

 

“Cara yang dijelaskan kepada saya adalah Muhammad S.A.W adalah seorang yang biasa. Baginda tak tahu membaca dan menulis. Malah, baginda seorang yang buta huruf. Dan kita sedang berbincang mengenai 1,400 tahun yang lalu.

 

Anda mempunyai seorang yang buta huruf membuat pengumuman dan pernyataan yang sangat mendalam dan luar biasa, yang mana sangat tepat mengenai perkara saintifik. Secara peribadi saya tidak melihat perkara ini hanya sebagai satu peluang semata-mata kerana terdapat terlalu banyak ketepatan dalam dakwaan baginda.

 

Dan seperti Dr. Moore, saya tidak mempunyai kesukaran untuk memproses bahawa ia merupakan inspirasi ilahi dan wahyu yang diturunkan kepada Muhammad.  

 

4. George Margoliouth

 

George Margoliouth merupakan seorang penulis Britisih, pendita kristian Holy Trinity dan juga mubaligh Misi Parochial kepada orang yahudi.

 

Al-Quran diakui mempunyai kedudukan yang sangat penting di kalangan buku-buku agama terulung di dunia. Ia telah menghasilkan fasa pemikiran baru kepada manusia dan karakter-karakter yang segar. Ia pada awalnya telah mengubah beberapa suku-suku padang pasir di semenanjung Arab kepada sebuah negara pahlawan, dan kemudiannya terus menghasilkan organisasi politik agama yang sangat luas yang dipimpin oleh Muhammad.

 

Ia merupakan satu kuasa yang sangat besar yang mana dunia Eropah dan Timur pada hari ini harus mengiktirafnya.

 

 

5. Dr. William Hay

 

Disini beliau merupakan seorang Saintis Marin terkenal. Dia juga adalah seorang Profesor Sains Geologi di Universiti Colorado. Turut merupakan bekas Dekan di Rosenstiel School of Marine and Atmospheric Science, Amerika Syarikat.

 

Selepas perbincangan dengan Profesor Hay tentang perkara yang disebutkan dalam Al-Quran mengenai penemuan fakta-fakta terbaru yang ditemui di lautan, beliau berkata : “Saya sangat teruja kerana maklumat seperti ini ada dalam kitab kuno Al-Quran ini. Saya tak tahu dari mana ia datang, tapi saya sangat tertarik dengan wujudnya Al-Quran dan kerja-kerja (kajian lautan) ini bakal merungkai segalanya, yakni maksud bagi beberapa petikan dalam Al-Quran.

 

Dan apabila ditanya mengenai sumber Al-Quran, beliau menjawab “Saya rasa ia mesti melalui wahyu,”.

 

Maklumat yang dimaksudkan oleh Profesor Hay adalah ayat 19 dan 20 dalam surah Ar-Rahman :

 

Ayat 19 : Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu.

Ayat 20 : Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya.  

 

Sumber : iluminasi.com

Shopping Cart
ms_MYMS