Amalan 10 Malam Terakhir Ramadhan

ALLAHU Akbar, terasa macam baru saja masuk ke dalam bulan Ramadan. Rupanya kurang dari dua minggu saja lagi tetamu mulia ini akan meninggalkan kita. Insya-Allah bermula malam esok, kita akan mula memasuki 10 hari akhir Ramadan.

 

Mari sama-sama kita kerahkan segala kudrat untuk manfaatkan baki masa yang ada, mudah-mudahan kita tergolong dalam kalangan mereka yang mendapat rahmat dan pengampunan Allah SWT.

 

Mungkin ibadah kita selama 11 bulan yang lalu banyak cacat celanya, namun apa salahnya jika kita cuba lakukan yang terbaik pada bulan ini untuk merebut ganjaran yang sangat besar pada 10 malam terakhir, khususnya Lailatul Qadar yang lebih baik dari 1,000 bulan. Subhanallah.

 

 

 

Saya ingin kongsikan beberapa amalan yang boleh kita lakukan pada 10 malam terakhir Ramadan. Semoga Allah SWT rezekikan kita bertemu Lailatul Qadar yang dinantikan, insya-Allah.

 

 

  1. Solat di awal waktu dan mengqada solat yang telah ditinggalkan

 

 

Daripada Abdullah Ibnu Mas’ud, beliau bertanya kepada Rasulullah SAW:

 

أَىُّ الْعَمَلِ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ قَالَ‏ الصَّلاَةُ عَلَى وَقْتِهَا‏‏‏.‏ قَالَ ثُمَّ أَىُّ قَالَ ثُمَّ بِرُّ الْوَالِدَيْنِ‏‏‏.‏ قَالَ ثُمَّ أَىّ قَالَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ‏

Maksudnya: “Apakah amalan yang paling dicintai di sisi Allah SWT? Nabi menjawab “Solat pada waktunya.” Dia (perawi) bertanya lagi, “Kemudian apa?”, jawab Baginda “Berbuat baik kepada kedua ibu bapa.” Dia bertanya lagi, “Kemudian apa?”, jawab Baginda “Jihad pada jalan Allah SWT.”

 

Selain itu, Rasulullah SAW bersabda:

 

أَىُّ الْعَمَلِ أَحَبُّ إِلَىمَنْ نَسِيَ صَلاَةً فَلْيُصَلِّ إِذَا ذَكَرَهَا، لاَ كَفَّارَةَ لَهَا إِلَّا ذَلِكَ

Maksudnya: “Sesiapa yang terlupa solat, maka hendaklah dia menunaikannya apabila dia teringat akannya. Tidak ada kafarah (menutup dosa) untuknya melainkan hal tersebut.” 

 

 

 

  1. Berusaha mencari lailatul qadar

 

Daripada Aisyah r.a., beliau menceritakan bahawa:

 

كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَجْتَهِدُ فِيْ العَشْرِ الأَوَاخِرِ، مَا لَا يَجْتَهِدُ فِيْ غَيْرِهِ

Maksudnya: “Rasulullah SAW berusaha sedaya upaya untuk beribadah pada malam sepuluh akhir Ramadan melebihi usahanya daripada malam-malam yang lain.”

 

 Daripada Aisyah r.a., beliau bertanya kepada Nabi SAW:

 

“Wahai Nabi Allah, jika aku bertemu dengan malam al-Qadar maka apa yang sepatutnya aku ucapkan?

 

Rasulullah SAW bersabda:

 

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّي

Maksudnya: “Rasulullah SAW berusaha sedaya upaya untuk beribadah pada malam sepuluh akhir Ramadan melebihi usahanya daripada malam-malam yang lain.”

 

 

  1. Memperbanyakkan solat sunat

 

a) Solat Sunat Qabliah (Sebelum) Subuh Daripada Aisyah r.a., Rasulullah SAW bersabda:

 

رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا

Maksudnya: “(Solat) Dua rakaat (sebelum) Fajar lebih baik daripada dunia dan seisinya.” 

 

b) Solat Sunat Dhuha Daripada Abu Hurairah r.a., beliau menceritakan:

 

أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ: صِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ، وَرَكْعَتَيِ الضُّحَى، وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَنَامَ

Maksudnya: “Kekasihku (Muhammad SAW) mengingatkanku supaya melakukan tiga perkara iaitu: Berpuasa tiga hari pada setiap bulan, dua rakaat Dhuha dan melakukan solat Witir sebelum tidur.” 

 

c) Solat Sunat Tarawih Daripada Ummul Mukminin Aisyah r.a bahawa beliau berkata: ‎

 

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم صَلَّى ذَاتَ لَيْلَةٍ فِي الْمَسْجِدِ فَصَلَّى بِصَلاَتِهِ نَاسٌ، ثُمَّ صَلَّى مِنَ الْقَابِلَةِ فَكَثُرَ النَّاسُ، ثُمَّ اجْتَمَعُوا مِنَ اللَّيْلَةِ الثَّالِثَةِ أَوِ الرَّابِعَةِ، فَلَمْ يَخْرُجْ إِلَيْهِمْ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم، فَلَمَّا أَصْبَحَ قَالَ ‏‏ قَدْ رَأَيْتُ الَّذِي صَنَعْتُمْ وَلَمْ يَمْنَعْنِي مِنَ الْخُرُوجِ إِلَيْكُمْ إِلاَّ أَنِّي خَشِيتُ أَنْ تُفْرَضَ عَلَيْكُمْ ‏ وَذَلِكَ فِي رَمَضَانَ

Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah SAW pada suatu malam sedang solat di dalam masjid. Maka orang ramai pun mengikut solat bersama Baginda. Kemudian pada malam berikutnya, Baginda solat sekali lagi dan jemaah yang mengikutnya semakin ramai. Pada malam yang ketiga atau keempat, orang ramai berkumpul menanti ketibaan Rasulullah SAW sebaliknya Baginda tidak keluar kepada mereka. Apabila masuk waktu subuh, Baginda bersabda kepada para jemaah: “Sesungguhnya aku telah melihat apa yang kamu semua lakukan. Dan tidaklah yang menghalang aku dari keluar kepada kamu melainkan aku takut solat itu akan difardukan ke atas kamu semua. Yang demikian itu berlaku pada bulan Ramadan.”

 

 (HR Bukhari, hadis sahih)

 

d) Solat Sunat Rawatib Daripada Ummu Habibah r.a., Rasulullah SAW bersabda:

 

مَنْ صَلَّى فِي يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً بُنِيَ لَهُ بَيْتٌ فِي الْجَنَّةِ أَرْبَعًا قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ صَلاَةِ الْفَجْرِ.

Maksudnya: Barang siapa yang mengerjakan solat (sunat) sebanyak dua belas rakaat dalam sehari semalam kelak akan dibangunkan untuknya sebuah rumah di syurga. Dua belas rakaat itu adalah empat rakaat sebelum solat Zohor, dua rakaat setelah solat Zohor, dua rakaat setelah solat Maghrib, dua rakaat setelah solat Isyak dan dua rakaat sebelum solat Subuh.

 

 

  1. Memohon keampunan kepada Allah SWT

 

Firman Allah SWT:

 

فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوْا رَبَّكُمْ إِنَّهٗ كَانَ غَفَّارًاۙ ﴿10﴾ يُّرْسِلِ السَّمَاۤءَ عَلَيْكُمْ مِّدْرَارًاۙ ﴿11﴾ وَّيُمْدِدْكُم بِأَمْوَالٍ وَّبَنِينَ وَيَجْعَلْ لَّكُمْ جَنّٰتٍ وَّيَجْعَلْ لَّكُمْ أَنْهٰرًاۗ ﴿12

Maksudnya: “Maka aku berkata (kepada mereka), “Mohonlah keampunan kepada Tuhanmu, sungguh, Dia Maha Pengampun. Nescaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat dari langit kepadamu. Dan Dia memperbanyakkan harta dan anak-anakmu serta mengadakan kebun-kebun untukmu dan mengadakan sungai-sungai untukmu.”

 

Daripada Abu Hurairah r.a., beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:

 

إِنَّ عَبْدًا أَصَابَ ذَنْبًا، وَرُبَّمَا قَالَ: أَذْنَبَ ذَنْبًا، فَقَالَ: رَبِّ أَذْنَبْتُ، وَرُبَّمَا قَالَ: أَصَبْتُ، فَاغْفِرْ لِي، فَقَالَ رَبُّهُ: أَعَلِمَ عَبْدِي أَنَّ لَهُ رَبًّا يَغْفِرُ الذَّنْبَ وَيَأْخُذُ بِهِ، غَفَرْتُ لِعَبْدِي، ثُمَّ مَكَثَ مَا شَاءَ اللَّهُ، ثُمَّ أَصَابَ ذَنْبًا أَوْ أَذْنَبَ ذَنْبًا، فَقَالَ: رَبِّ، أَذْنَبْتُ أَوْ أَصَبْتُ آخَرَ، فَاغْفِرْهُ ، فَقَالَ: أَعَلِمَ عَبْدِي أَنَّ لَهُ رَبًّا يَغْفِرُ الذَّنْبَ وَيَأْخُذُ بِهِ، غَفَرْتُ لِعَبْدِي، ثُمَّ مَكَثَ مَا شَاءَ اللَّهُ، ثُمَّ أَذْنَبَ ذَنْبًا، وَرُبَّمَا قَالَ: أَصَابَ ذَنْبًا، قَالَ: قَالَ رَبِّ، أَصَبْتُ أَوْ قَالَ أَذْنَبْتُ آخَرَ: فَاغْفِرْهُ لِي، فَقَالَ: أَعَلِمَ عَبْدِي أَنَّ لَهُ رَبًّا يَغْفِرُ الذَّنْبَ وَيَأْخُذُ بِهِ، غَفَرْتُ لِعَبْدِي ثَلَاثًا، فَلْيَعْمَلْ مَا شَاءَ

Maksudnya: “Sesungguhnya seorang hamba melakukan dosa lalu dia berkata: “Ya Tuhan, aku telah berdosa. Ampunilah aku.” Lalu Allah SWT menjawab: “Adakah hambaKu tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampuni dan menghukum dosanya? Aku telah mengampuni hambaKu.” Kemudian berlalulah masa sehingga orang itu melakukan dosa lagi. Lalu dia berdoa: “Tuhanku, aku telah berdosa. Ampunilah dosa ini.” Lalu Allah SWT menjawab: “Adakah hambaKu mengetahui bahawa dia memiliki Tuhan yang mengampuni dosa dan menghukum dosa itu? Aku telah mengampuni hambaKu.” Kemudian berlalulah masa sehingga orang itu melakukan dosa lagi. Lalu dia berdoa: “Tuhanku, aku telah berdosa. Ampunilah dosa ini.” Lalu Allah SWT menjawab: “Adakah hambaKu mengetahui bahawa dia memiliki Tuhan yang mengampuni dosa dan menghukum dosa itu? Aku telah mengampuni hambaKu sebanyak tiga kali. Maka biarlah dia lakukan apa yang dia kehendaki.” 

 

 

 

  1. Perbanyakkan selawat

 

Firman Allah SWT:

 

إِنَّ اللَّـهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW), wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.”

 

Daripada Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah SAW bersabda:

 

فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى الله عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا

Maksudnya: “Sesungguhnya siapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.”

 

 

  1. Memperbanyakkan membaca doa

 

Firman Allah SWT:

 

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ ۗ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِۙ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

Maksudnya: “Sesungguhnya siapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.”

 

Daripada Anas r.a., beliau berkata:   

 

كَانَ أَكْثَرُ دُعَاءِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Maksudnya: “Sesungguhnya siapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.”

 

 

  1. Berbuat baik dan memperbanyakkan khidmat bakti

 

Firman Allah SWT:

 

وَاعْبُدُوا اللَّهَ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا ۖ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا

Maksudnya: “Dan bertauhidlah kamu kepada Allah dan jangan sesekali kamu mensyirikkan Allah dengan sesuatu pun. Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa.”

 

Rasulullah SAW bersabda:

 

خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ

Maksudnya: “Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia.”

 

 

 

  1. Hindari sifat riak, ‘ujub, sum’ah dan takabbur dengan amalan yang dilakukan

 

Riak bermaksud melakukan ibadah dengan niat supaya dipuji manusia dan tidak niatkan ibadah yang dilakukan kerana Allah SWT. ‘

 

Ujub pula ialah seseorang yang menganggap bahawa amal soleh yang dilakukannya adalah kerana diri sendiri atau sesuatu perkara, bukan kerana Allah SWT yang mengizinkannya.

 

Sum’ah ialah menghebahkan perbuatan baik yang dilakukannya agar diketahui orang lain dengan berharap akan dipuji, diberi penilaian yang baik, penghargaan, dan lain-lain.

 

Takabbur pula bermaksud sombong dengan merasa dirinya lebih baik daripada orang lain dari segi kesempurnaan. Apabila seseorang merasakan dirinya lebih hebat, dia akan menghina orang lain yang tidak setaraf dengannya sama ada melalui kata-kata, pandangan atau bicara hati.

 

Daripada Abdullah r.a., Rasulullah SAW bersabda:

 

لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ حَبَّةٍ مِنْ خَرْدَلٍ مِنْ كِبْرٍ وَلَا يَدْخُلُ النَّارَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ حَبَّةٍ مِنْ خَرْدَلٍ مِنْ إِيمَانٍ

Maksudnya: “Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia.”

 

Firman Allah SWT: 

 

ٱلَّذِينَ هُمْ عَن صَلَاتِهِمْ سَاهُونَ ﴿5﴾ ٱلَّذِينَ هُمْ يُرَآءُونَ

Maksudnya: “(laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya. (Juga bagi) orang-orang yang riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya).” 

 

Rasulullah SAW bersabda:

 

لاَ تُزَكُّواْ أَنْفُسَكُمُ اللَّهُ أَعْلَمُ بِأَهْلِ الْبِرِّ مِنْكُمْ

Maksudnya: “Jangan kamu mensucikan diri kamu kerana Allah lebih mengetahui orang yang paling baik dalam kalangan kamu.” 

 

 

  1. Memaafkan orang lain

 

Firman Allah SWT:

 

خُذِ ٱلْعَفْوَ وَأْمُرْ بِٱلْعُرْفِ وَأَعْرِضْ عَنِ ٱلْجَٰهِلِينَ

Maksudnya: “Jadilah seorang pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan kebaikan, serta berpalinglah daripada orang-orang yang bodoh.”

 

 

Allah SWT juga menaikkan darjat mereka yang suka memberi kemaafan. Rasulullah SAW bersabda:

 

مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ، وَمَا زَادَ اللهُ عَبْدًا بِعَفْوٍ، إِلَّا عِزًّا، وَمَا تَوَاضَعَ أَحَدٌ لِلَّهِ إِلَّا رَفَعَهُ اللهُ

Maksudnya: “Tidak akan berkurangan harta apabila bersedekah dan Allah SWT pasti akan memberikan kemuliaan bagi yang memaafkan. Manakala bagi mereka yang tawaduk pasti Allah SWT akan mengangkat darjat mereka.

 

 

  1. Meninggalkan perkara-perkara yang boleh mengurangkan pahala berpuasa

 

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda:

 

رُبَّ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ إِلَّا الْجُوعُ، وَرُبَّ قَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ قِيَاامِهِ إِلَّا السَّهَرُ

Maksudnya: “Tidak akan berkurangan harta apabila bersedekah dan Allah SWT pasti akan memberikan kemuliaan bagi yang memaafkan. Manakala bagi mereka yang tawaduk pasti Allah SWT akan mengangkat darjat mereka.

 

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda:

 

اَلصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ وَالْجُمْعَةُ إِلَى الْجُمْعَةِ وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ مُكَفِّرَاتُ مَا بَيْنَهُنَّ إَذَا اجْتَنَبَ الْكَبَائِرَ

Maksudnya: “Tidak akan berkurangan harta apabila bersedekah dan Allah SWT pasti akan memberikan kemuliaan bagi yang memaafkan. Manakala bagi mereka yang tawaduk pasti Allah SWT akan mengangkat darjat mereka.

 

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar. Mungkin kita tertanya pada diri sendiri, mampukah nak buat kesemua amalan ini? Di dalam kaedah fiqh, para ulama ada menyebutkan: مَا لَا يُدْرَكُ كُلُّهُ لُا يُتْرَكُ كُلُّهُ Maksudnya: “Apa yang tidak boleh didapatkan kesemuanya maka jangan ditinggalkan kesemuanya.”

 

Bulan Ramadan adalah bulan untuk kita berlumba-lumba mendekatkan diri kepada Allah SWT, manfaatkan masa serta nikmat yang ada dengan sebaiknya dan rebutlah peluang sebanyak mungkin.

 

Rujukan:

  1. Irsyad Al-Hadith Siri Ke-192: Kelebihan Solat Sunat Fajar
  2. Irsyad Al-Hadith Siri Ke-223: Solat Dhuha Mendapat Istana Emas
  3. Irsyad Al-Hadith Siri Ke-152: Sifat Solat Malam Nabi SAW
  4. Irsyad Al-Hadith Siri Ke-83: Kelebihan Solat Sehingga Imam Selesai
  5. Bayan Linnas Siri Ke-194: Konsep Sedekah Jariah Menjana Kesatuan Ummah
  6. Irsyad Al-Fatwa Khas Ramadhan Siri Ke- 131: Siapakah Yang Mendapat Ganjaran Pahala Memberi Makan Kepada Orang Berbuka? – HARAKAHDAILY 21/4/2022

 

Sumber : harakahdaily.net

 

Shopping Cart
ms_MYMS