Hayati Peristiwa Nuzul Al-Quran

 

Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku ketika Nabi Muhammad SAW berusia 41 tahun iaitu pada malam Jumaat 17 Ramadhan, bersamaan dengan tarikh 6 Ogos 610M, semasa Baginda sedang beribadat di dalam Gua Hira.

 

Pengertian Nuzul Al-Quran

 

Perkataan “Nuzul” bermaksud turun atau berpindah dari atas ke bawah.

Ayat Al-Quran yang mula-mula sekali diturunkan Allah سبحانه وتعالى kepada Nabi Muhammad ﷺ melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq, iaitu :

 

Firman Allah

 

سبحانه وتعالى: بِسْمِ ٱللَّـهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ ٱقْرَأْ بِٱسْمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ ﴿١﴾ خَلَقَ ٱلْإِنسَـٰنَ مِنْ عَلَقٍ ﴿٢﴾ ٱقْرَأْ وَرَبُّكَ ٱلْأَكْرَمُ ﴿٣﴾ ٱلَّذِى عَلَّمَ بِٱلْقَلَمِ ﴿٤﴾ عَلَّمَ ٱلْإِنسَـٰنَ مَا لَمْ يَعْلَمْ ﴿٥

 

maksudnya :

“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), (1)

Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; (2)

Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, (3)

Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, (4)

Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. (5).”

[Surah Al-Alaq (96): Ayat 1-5]

 

[the_ad id=”843″]

 

Hikmah Nuzul Al-Quran

 

1. Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW dan panduan hidup bagi umat Islam sepanjang zaman.

2. Al-Quran menjadi rujukan dan penawar diri bagi umat Islam yang inginkan kejayaan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

3. Kandungan ajaran Al-Quran adalah bersifat mukjizat (I’jaz al-‘Ilmi) sehingga merentasi zaman dan tempat sekali pun telah diturunkan lebih 1400 tahun yang lalu.

 

Firman Allah SWT dalam surah al-Isra’: 9 yang bermaksud:

 

Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam) dan memberikan berita yang menggembirakan orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar.

 

Maka memang benar bahawa ianya memberi makna yang terlalu istimewa kepada umat Islam terutamanya yang mendalami rahsia Al-Quran.

 

Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran

 

Sumber : www.azhafizah.com