Keajaiban yang berlaku ketika kita membaca al-Quran

Adakah anda pernah merasai perbezaan apabila anda mendengar dan membaca al-Quran?


Kita sudah maklum bahawa al-Quran adalah panduan bagi seluruh manusia. Selain kita menghayati dan mengamalkan setiap ayat-ayat al-Quran, kita juga perlu menjadikan al-Quran sebagai wadah untuk meningkatkan keupayaan hidup kita di dalam bidang-bidang lain.


Berikut adalah beberapa penemuan saintifik yang membuktikan keagungan al-Quran:


1. Al-Quran Sebagai Penyembuh Semulajadi


Saintis baru-baru ini mendapati bunyi dari bacaan Al Quran mempunyai kuasa penyembuhan yang menakjubkan pada sel-sel tubuh dan mampu mengembalikan keseimbangan mereka.


Kajian ini mendapati terdapat penurunan kemurungan dan kesedihan apabila dibacakan al-Quran pada pesakit.


Selain itu, analisis terhadap tekanan darah, degupan jantung, ketahanan otot, dan ketahanan kulit terhadap aliran elektrik juga menunjukkan perubahan yang positif di dalam kajian tersebut.



2. Ayat-Ayat al-Quran Boleh Menghancurkan Sel Kanser dan Virus


Dengan hanya bunyi bacaan dari Al Quran, dikatakan sel-sel kanser boleh pecah dengan sendirinya.


Ini kerana frekuensi bunyi bacaan al-Quran dengan jarak gelombang tertentu boleh bertindak seperti sonar yang boleh menghapuskan sel-sel kanser apabila dibacakan dengan ayat-ayat al-Quran secara kerap.


Virus dan kuman juga bergetar dan sangat dipengaruhi oleh getaran bunyi Al-Quran. Aktiviti virus akan terganggu dan akhirnya akan terhenti apabila bunyi terus dikenakan padanya.



3. al-quran merubah molekul air dan peminumnya


Apabila air dibacakan dengan ayat-ayat suci al-Quran, molekul air akan berubah kepada bentuk yang cantik dan menarik.


Apabila air tersebut diminum, ia akan memberikan kesan positif kepada peminumnya seperti penyembuhan fizikal dan spiritual. 


Siapa sangka dengan membaca al-Quran keajaiban ini boleh berlaku?



4. Ketenangan Daripada Bacaan al-Quran


Kajian Muhammad Salim yang diterbitkan oleh Universiti Boston mendapati mereka yang diperdengarkan dengan bacaan al-Quran akan memperolehi ketenangan.


Kajian yang dilakukan sebanyak 210 kali ini terbahagi dua sesi, yakni membacakan Al-Qur’an dengan tartil dan membacakan bahasa Arab yang bukan dari Al-Qur’an.


Hasil keputusan adalah responden mendapatkan ketenangan sehingga 65% ketika mendengar bacaan al-Quran dan 35% ketika mendengar bahasa Arab yang bukan dari Al-Qur’an.


5. Al-Quran Mempengaruhi Respon Bayi


Menurut kajian Dr. Nurhayati yang membentangkan hasil kajian pada Seminar Kaunseling dan Psikoterapi Islam di Malaysia pada tahun 1997 mendapati bayi yang berusia 48 jam yang diperdengarkan ayat-ayat Aa-Quran dari perakam suara menunjukkan respon seperti tersenyum dan tenang.


Ia juga dapat merangsang sel-sel otak bayi agar kerap berhubung.Demikian adalah serba sedikit tentang keajaiban membaca dan mendengar al-Quran.


Semoga kita mendapat manfaat daripada perkongsian ini.

Sumber: korbanaqiqah.com.my

Shopping Cart
ms_MYMS