liputan6

5 Keistimewaan Bulan Ramadhan Yang Ramai Selalu Terlepas

Gambar: liputan6.com

 

Setiap kali Ramadhan tiba, pasti ramai yang akan teruja untuk menyambut kedatangan bulan yang penuh barakah ini dengan pelbagai persiapan terutamanya dari segi ibadah. Namun, ada juga golongan manusia yang tidak sempat untuk membuat persediaan menghadapi Ramadhan dan inilah antara orang-orang yang rugi kerana dalam bulan Ramadhan ini tersimpan 1001 keistimewaan yang ramai orang terlepas dari menyambutnya.

Berikut merupakan antara keistimewaan bulan Ramadan yang mungkin anda belum ketahui:


1. Ramadhan Bulan Pengampunan Dosa

Kita manusia memang tidak pernah lari dari melakukan dosa. Jadi, ambil peluang dalam bulan Ramadhan ini untuk sama-sama kita memohon pengampunan. Sesungguhnya, “barangsiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh iman dan mengharap pahala, maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.”- HR Bukhari dan Muslim.

Percayalah, Allah akan mengampuni dosa-dosa hambaNya sebanyak mana sekalipun ketika itu sekiranya dia bersungguh-sungguh bertaubat dan menjalankan ibadah Ramadan dengan ikhlas. Pintu kebaikan akan terbuka luas untuknya dan berdoa kepada Allah supaya diampunkan dosanya.

2. Pahala Berlipat Ganda

“Pahala umrah pada bulan Ramadhan menyamai pahala ibadah haji”-HR Bukhari dan Muslim

Umrah yang dilakukan pada bulan lain selain Ramadan hanya akan mendapat pahala yang biasa. Tetapi, jika umrah dilakukan pada bulan ini, pahalanya akan dilipat kali gandakan. Sebegitu istimewa bulan Ramadan.

Sebenarnya bukan hanya amalan Umrah sahaja yang berlipat-ganda pahalanya. Namun, segala amalan yang dilakukan pada bulan Ramadhan tersebut akan mendapat ganjaran yang beripat-ganda.


3. Lailatul Qadar

Malam Qadar mempunyai kelebihan yang tersendiri kerana didalamnya terdapat banyak keistimewaan dan malam tersebut dibahagikan kebaikan yang banyak yang tidak terdapat seumpamanya pada seribu bulan. Amalan-amalan yang dilakukan pada malam Qadar lebih baik daripada seribu bulan yang tiada padanya malam Qadar.

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar, dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!” (Surah Al-Qadr: 1-5)

Tiada malam yang lebih indah dan lebih baik daripada Laitatul Qadar. Lailatul Qadar hanya ada pada bulan Ramadan sahaja. Namun malam istimewa ini dirahsiakan daripada pengetahuan kita. Kita digalakkan untuk selalu bersungguh melakukan amal ibadah agar dapat bertemu malam yang penuh dengan keberkatan tersebut.

 


[the_ad id=”843″]

 

4. Ibadah Khusus Solat Tarawih
Selain mengejar malam Lailatul Qadar, Solat Tarawih juga adalah amalan yang sangat digalakkan. Barangsiapa yang berdiri solat pada bulan Ramadan dengan penuh iman dan mengharap pahala maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu (HR Bukhari dan Muslim)

Kalau boleh, pastikan setiap malam Ramadan kita dipenuhi dengan solat terawih. Hukumnya sunat muakkad yang bermaksud sangat digalakkan untuk ditunaikan. Sesungguhnya, amalan solat sunat tarawih mempunyai banyak kelebihan. Setiap hari mempunyai kelebihan yang tersendiri. Klik sini untuk baca kelebihan solat sunat tarawih secara penuh.


5. Tenang dari gangguan Syaitan

“Jika datang bulan Ramadhan, pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup dan syaitan-syaitan dibelenggu” (HR Bukhari)

Kecenderungan kita untuk melakukan maksiat pada bulan puasa adalah kerana hawa nafsu kita sendiri. Perasaan itu boleh dicegah dengan memperbanyakkan amal ibadah seperti berdoa kepada Allah agar diberi petunjuk dan membaca Al-Quran.

Bergembiralah kita sebagai umat islam apabila datangnya bulan Ramadhan kerana ketika itu kita mendapat ketenangan untuk melakukan sebanyak mungkin amal ibadat.


6. Al-Quran Diturunkan

Al-Quran yang merupakan sumber syariat Islam diturunkan pada bulan Ramadan. Malah terdapat firman Allah tentang perintah pada bulan itu yang telah diungkapkan oleh Rasulullah SAW melalui malaikat Jibril untuk disampaikan kepada segenap umat Islam agar terhindar dari jalan yang sesat.

“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.“ – Surah Al-Baqarah: 185

Marilah sama-sama kita ambil peluang untuk menambah amalan pahala ketika Ramadan. Betapa ruginya jika Ramadan berlalu tanpa membawa perubahan dalam diri kita.

 

Kredit : Azdan.my