100 Nashkah Al-Quran Untuk Keluarga Asnaf

Program Kasih Ikhlas AAT telah menjalinkan kerjasama bersama dengan Pusat Zakat Selangor dalam satu Program Pelancaran Bantuan Pendidikan Sesi Persekolahan Tahun 2022 Negeri Selangor.

Pada majlis tersebut yang berlangsung di Pusat Siswazah Universiti Kebangsaan Malaysia, Tuan Ade Azhar bin Ismail selaku Ketua Pegawai Eksekutif Ade Azhar Trading Sdn Bhd turut serta menyampaikan sumbangan 100 unit naskhah Al Quran kepada keluarga asnaf yang hadir.

Wakaf Al Quran ini adalah sumbangan pewakaf yang mewakafkan al-quran menerusi Program Kasih Ikhlas AAT.

 

 

Program Pelancaran Bantuan Pendidikan Sesi Persekolahan Tahun 2022 Negeri Selangor

50 asnaf terpilih di sekitar Negeri Selangor yang menerima sumbangan dari Zakat Selangor dan Wakaf Al Quran dari Program Kasih Ikhlas AAT.

Tuan Ade Azhar Ismail sewaktu diwawancara oleh Zakat TV .

 

1 thought on “100 Nashkah Al-Quran Untuk Keluarga Asnaf”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *